Datuk yang Tua Ini Meminta Anaknya menjenguknya Untuk yang Kali Terakhir, Tapi Tak Disangka, Dia Baru Tahu Sebenarnya Sudah 5 Tahun Anaknya…

Loading...

TIPS KESIHATAN

loading...

Kongsikan Artikel Ini!!

Loading...

TIPS KESIHATAN

Berbakti adalah intipati daripada kehidupan orang-orang Asia, terutama China. Seorang anak yang tidak berbakti dianggap membawa malu kepada dirinya sendiri dan ibu bapanya. Zhang, adalah seorang lelaki tua yang hidup sendirian kerana sudah ditinggal oleh almarhum isterinya, dan anak satu-satunya pergi bekerja sebagai bomba di bandar.Kehidupan Encik Zhang sederhana, semuanya tercukupi dari wang yang selalu dihantar setiap bulan oleh anaknya, dan semuanya baik, sampai suatu hari …

Zhang mempunyai seorang anak yang bernama Zhang-Jun.Zhang-Jun adalah seorang anak yang baik dan berbakti. Tidak hanya membuat ibu bapanya bangga, dia juga membuat banyak orang bangga kerana prestasinya.

Zhang dulu adalah petani. Tapi kerana sudah tua, keadaan kakinya semakin teruk, dan kerana ditinggal oleh isterinya, Zhang perlu berhenti bekerja. Akhirnya beliau hanya hidup dari apa yang diberikan oleh anaknya.

Sebagai anggota bomba, Zhang-Jun selalu sibuk dan jarang mempunyai masa bercuti. Tapi setiap kali dia boleh cuti, baik itu 1-2 hari pun, dia selalu menyempatkan diri untuk pulang melihat keadaan ayahnya. Zhang pernah berkata, “Nak, cuti cuma 1-2 hari, tak usahlah kamu pulang. Penat juga. Saya tahu kamu berbakti, tapi jangan sampai kamu keletihan.”

Zhang-Jun membalasnya, “Pa, juga peluang untuk pulang lihat papa itu tidak banyak. 1 tahun cuma beberapa kali. Kalau aku masih tidak pulang juga, aku tidak berbakti!” Sejak itu, setiap tahunnya Zhang-Jun selalu pulang ke rumah setiap kali dia bercuti. Tapi sampai 5 tahun yang lalu, Zhang-Jun mula berhenti pulang, bahkan mula berhenti memberikan kabar. Zhang mula bimbang …

Kerana bimbang dengan keadaan anaknya, Zhang pun menelefon ke pejabat pemadam kebakaran tempat Zhang-Jun bekerja. Tapi sebagai petugas pemadam kebakaran, pihak keluarga tidak boleh menghubunginya dengan mudah dan hanya boleh menunggu balasan telefon dari Zhang-Jun. Setelah menunggu seharian, akhirnya tibalah telefon yang ditunggu-tunggu.

Zhang mengangkat telefon dan mendengar suara, “Pa, maaf, kerana saya ada tugas, saya tidak boleh menghubungi papa lama-lama, juga tidak boleh pulang. Jangan bimbang, wang setiap bulan juga akan saya hantar pulang. Saya sudahi dulu ya.”

Telefon itu hanya sebentar, tapi setelah mendengar suara anaknya, Zhang pun tenang dan terus meneruskan kehidupannya. Sampai berjalan 5 tahun, semuanya tetap seperti biasa kecuali Zhang-Jun yang tidak pernah pulang.

Zhang yang semakin hari semakin tua akhirnya jatuh sakit dan harus dilarikan ke rumah sakit. Pada masa itu doktor berkata, “Pak, masa anda sudah tinggal sedikit lagi. Saya harap anda boleh menikmati masa anda dengan baik.” Mendengar ini Zhang tidak sedih, tapi dia hanya ingin bertemu dengan anaknya untuk terakhir kalinya.

Zhang menelefon ke pejabat Zhang-Jun dan berkata, “Nak, mamamu minta saya pergi temani dia, waktu saya sudah tidak banyak, boleh nggak kamu pulang sekali aja, terakhir kalinya …”

Tak lama, terdengar ada banyak suara lelaki yang menangis, “Pak, maafkan kami! Anak anda, Zhang-Jun sudah meninggal di dalam tugas sejak 5 tahun yang lalu! Kami tahu jelas betapa berbaktinya dia pada anda, kami tidak sanggup memberitakan berita ini pada anda Pak! Maafkan kami! kami yang selama ini memberikan wang itu kepada anda dan melawat anda beberapa kali! kami juga adalah anak-anak anda! ”

Mendengar berita ini, Zhang mendadak lemas. Sambil menangis dia berkata, “Anakku, kamu masih muda, belum berkahwin, papa rindu nak … Kamu sudah bersama mama, kamu perlu tunggu saya. Kalian harus tunggu saya ya disana …”

Seorang anak yang tidak berbakti akan dilupakan, tapi seorang anak yang besar baktinya, akan diingat dan baktinya akan membekas bahkan sampai di sebalik liang kubur!

Sumber: BH

Kongsikan Artikel Ini!!